PROGRAM KHAS OPTIMUMKAN KOMUNIKASI & MINDA
1. Apa itu Program LUKIS untuk Sekolah Rendah Secara Online dan keistimewaannya?
Program ini adalah kelas dalam talian interaktif yang direka untuk melatih pelajar berumur 7-12 tahun asas melukis untuk Design Thinking, sambil meningkatkan kreativiti dan kemahiran motor halus mereka.
Keistimewaan Program LUKIS ini mengfokuskan kepada kemahiran melukis untuk Design Thinking. Kemahiran melukis yang akan dilatih kepada pelajar-pelajar sangat berkait rapat dengan Design Thinking. Proses berfikir ini amat penting kepada pelajar-pelajar untuk mahir menyelesaikan masalah menggabungkan kreativiti dan logik akal.
2. Siapa yang boleh menyertai program ini?
Program ini terbuka kepada semua pelajar berumur 7 hingga 12 tahun, sama ada mereka baru belajar melukis atau sudah mempunyai minat dalam seni lukisan.
3. Apakah objektif utama program ini?
a.Mengajar pelajar asas melukis untuk Design Thinking
b.Meningkatkan kreativiti melalui pendekatan O.U.C visual yang menyeronokkan.
c.Membantu pelajar meluahkan idea mereka dengan lebih jelas melalui lakaran dan lukisan.
4. Berapa sesi dan tempoh program ini?
Program ini berlangsung selama 4 sesi. Setiap sesi (1 jam), dengan aktiviti yang disusun untuk memastikan pelajar kekal berminat sepanjang sesi.
5. Apakah keperluan teknikal untuk menyertai program ini?
a.Peranti dengan sambungan internet stabil (komputer/laptop/tablet/telefon pintar).
b.Platform seperti Zoom atau Google Meet.
c.Kamera dan mikrofon untuk interaksi (digalakkan, tetapi tidak wajib).
6. Apakah bahan atau peralatan yang perlu disediakan?
Peserta perlu menyediakan bahan asas seperti:
a.5 keping kertas A4 sahaja untuk setiap sesiÂ
b.Pensil, pemadam, dan pembaris.
c.Pilihan: pensel warna untuk proses mewarna.
7. Adakah pelajar perlu mempunyai pengalaman melukis untuk menyertai?
Tidak. Program ini amat sesuai untuk pelajar tanpa pengalaman melukis, dan juga bagi mereka yang ingin memperbaiki kemahiran mereka.
8. Apakah jenis lukisan yang akan dipelajari dalam sesi ini?
Pelajar akan berpeluang belajar:
Teknik melukis mudah yang diasaskan oleh Dr Ruzaimi Mat Rani menggunakan pendekatan O.U.C. Melukis objek mudah seperti kenderaan, tumbuhan dan haiwan.
9. Berapakah yuran penyertaan untuk program ini?
Yuran penyertaan adalah berpatutan dan akan dimaklumkan dalam poster promosi atau laman pendaftaran. Setiap peserta berbayar sahaja akan mendapat E-Sijil penyertaan.
10. Jika saya mempunyai 4 orang anak dan ingin turut serta dalam Program LUKIS, adakah saya perlu bayar 4 yuran penyertaan?
Jika kesemua anak ingin mendapatkan E-Sijil penyertaan, perlu membayar 4 yuran.
11. Adakah E-Sijil disediakan?
E-Sijil akan disediakan kepada peserta yang membayar yuran penyertaan sahaja.
10. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang dalam talian onpay yang disediakan oleh penganjur. Tempat adalah terhad, jadi daftar lebih awal untuk mengesahkan penyertaan.
1. Apa itu Bengkel Perspektif Secara Online?
Bengkel ini adalah kelas dalam talian yang memfokuskan kepada asas melukis perspektif, sesuai untuk pelajar RBT dan Institut Pengajian Tinggi dalam bidang reka bentuk, guru dan pensyarah reka bentuk, profesional, atau sesiapa yang berminat untuk memahami dan menguasai teknik perspektif dalam lukisan.
2. Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?
Bengkel ini terbuka kepada semua peringkat umur dan kemahiran, termasuk pelajar dalam bidang reka bentuk , arkitek, landskap arkitek, senibina dalaman , dan individu yang ingin mempelajari perspektif dengan mudah.
3. Apakah objektif utama bengkel ini?
Objektif bengkel adalah:
a.Mengajar asas perspektif satu titik, dua titik, dan tiga titik dan multi titik.
b.Membantu peserta memahami dimensi ruang dan kedalaman.
c.Menyediakan asas visual yang kuat untuk lukisan dan rekaan.
4. Berapa lama tempoh bengkel ini?
Bengkel ini berlangsung selama 3 jam. Peserta juga akan menerima akses online untuk rujukan rakaman sesi bengkel.
5. Apakah keperluan teknikal untuk menyertai bengkel ini?
a.Komputer/laptop atau telefon pintar dengan sambungan internet stabil.
b.Platform seperti Zoom atau Google Meet.
c.Kamera dan mikrofon (pilihan, tetapi digalakkan untuk interaksi).
6. Adakah bahan atau peralatan disediakan?
Peserta perlu menyediakan bahan asas seperti kertas A4 (30 keping) dan pensil. Panduan akan diberikan sebelum bengkel bermula.
7. Adakah saya memerlukan pengalaman melukis perspektif untuk menyertai bengkel ini?
Tidak. Bengkel ini sesuai untuk pemula tanpa pengalaman, tetapi juga memberi manfaat kepada mereka yang ingin memperbaiki teknik mereka.
8. Apakah manfaat menyertai Bengkel Perspektif ini?
Manfaat termasuk:
a.Memahami asas perspektif dalam cara yang mudah difahami.
b.Belajar teknik melukis ruang tiga dimensi secara tepat.
c.Mengaplikasikan perspektif dalam seni, rekaan, atau kerja profesional.
9. Berapakah yuran penyertaan untuk bengkel ini?
Yuran penyertaan adalah bergantung kepada penganjur. Sila rujuk poster promosi atau laman web untuk maklumat terkini.
10. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat melalui borang onpay dalam talian. Pastikan mendaftar lebih awal kerana tempat adalah terhad.
1. Apa itu Program Visual Parents Secara Online?
Program ini adalah sesi latihan dalam talian selama 3 jam yang membantu ibu bapa belajar kemahiran komunikasi visual untuk meningkatkan interaksi dan pembelajaran bersama anak-anak mereka. Membuka peluang ibubapa berilmu tentang keupayaan komunikasi visual spontan dan bagaimana membantu anak-anak jadi bijak dan kreatif.
2. Siapa yang sesuai untuk menyertai program ini?
Program ini sesuai untuk semua ibu bapa yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dengan anak-anak melalui pendekatan visual, tanpa mengira tahap pengalaman melukis. Anda tidak perlu mahir melukis untuk menyertai program ini.
3. Apakah objektif utama program ini?
Objektifnya adalah:
a.Membantu ibu bapa memahami cara menggunakan visual untuk menjelaskan idea dengan mudah.
b.Memberikan teknik melukis asas yang sesuai untuk membantu anak-anak belajar.
c.Meningkatkan kreativiti dan keyakinan ibu bapa dalam menggunakan pendekatan visual.
4. Apakah kandungan utama dalam sesi ini?
a.Pengenalan kepada komunikasi visual.
b.Teknik asas melukis untuk ibu bapa.
c.Aktiviti praktikal menggunakan visual untuk membantu pembelajaran anak-anak.
5. Apakah keperluan teknikal untuk menyertai sesi ini?
a.Peranti dengan sambungan internet stabil (komputer/laptop/telefon pintar).
b.Platform seperti Zoom atau Google Meet.
c.Kamera dan mikrofon untuk interaksi (digalakkan, tetapi tidak wajib).
6. Adakah bahan atau peralatan disediakan?
Peserta hanya perlu menyediakan bahan asas seperti kertas A4 (30 keping) dan pensil. Panduan bahan akan diberikan sebelum sesi bermula.
7. Adakah saya perlu mempunyai pengalaman melukis untuk menyertai?
Tidak. Program ini direka khas untuk semua tahap kemahiran, termasuk mereka yang tiada pengalaman melukis.
8. Apakah manfaat menyertai program ini?
a.Belajar teknik visual yang boleh digunakan dalam pembelajaran anak-anak.
b.Meningkatkan kreativiti ibu bapa dan anak-anak.
c.Mewujudkan hubungan yang lebih rapat melalui aktiviti visual bersama.
9. Berapakah yuran penyertaan program ini?
Yuran penyertaan adalah berpatutan dan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur. Maklumat lanjut boleh didapati di laman promosi program.
10. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang dalam talian. Pastikan mendaftar lebih awal kerana tempat adalah terhad.
TESTIMONI PESERTA TERDAHULU
TESTIMONI 1
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
TESTIMONI 4
TESTIMONI 5
TESTIMONI 6
TESTIMONI 7
TESTIMONI 8
CIKGU YASER CONSULTANCY (002406882K)Â
C06-03 Park Avenue Plaza, Jalan PJU10/1, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor